Comic Weather

Sementara itu, si narator…

Aplikasi cuaca kelakar dengan tiga narator

Kapsyen narator Comic Weather pada iPhone

Comic Weather ialah aplikasi cuaca iPhone yang menjadikan ramalan anda halaman buku komik. Seorang narator merumuskan hari dalam kotak kapsyen kuning, seperti dalam komik, dan anda yang memilih siapa yang bercakap. Sebuah aplikasi cuaca berpersonaliti, dengan ramalan sebenar di sebaliknya.

Kenali para narator

  • Selamba: kering, mendatar dan langsung tidak teruja. Langit cuma menjalankan tugasnya.
  • Ceria: setiap hari ialah hari yang baik, dan hujan bermakna masa untuk tonton filem.
  • Dramatik: cuaca ialah sebuah epik, dan anda berada di dalamnya.

Tukar suara bila-bila masa dalam Tetapan > Personaliti.

Cuaca yang sama, tiga gaya

Ini ayat sebenar daripada aplikasi, untuk langit yang sama:

SelambaCeriaDramatik
Hujan lebatHujan lebat. Payung kini sekadar hiasan.Hujan mencurah! Alasan terbaik untuk berselimut.Air bah! Jalan raya bertukar menjadi sungai.
CerahCerah. Cermin mata hitam bukan personaliti.Cerah! Jom keluar, wira!Sang suria berjaya! Tiada awan berani muncul.
SaljiSalji turun. Semuanya nampak kemas. Sekejap.Pesta salji! Kasut but, sarung tangan, jom!Salji tanpa henti! Lagenda akan diceritakan.
GuruhGuruh. Langit sedang berdehem.Guruh! Alam main kompang. Duduk selesa di dalam.GURUH! Langit bertelagah. Kekal di dalam.
KabusKabus. Dunia dalam resolusi rendah.Kabus! Bandar tengah main sorok-sorok.Selubung kabus! Misteri mengintai di dalamnya.

Jenaka yang kena dengan cuaca

Narator membaca ramalan sebelum menulis. Ayatnya sepadan dengan apa yang ada di atas kepala, waktu dan apa yang bakal tiba, seperti hujan yang hampir bermula atau berhenti, dan kapsyennya berubah sepanjang hari.

Pemberitahuan yang bersuara

Suara yang anda pilih turut menulis pemberitahuan: taklimat pagi, amaran hujan dan tip waktu petang semuanya tiba mengikut watak. Tetapkan taklimat pagi.

Bila anda cuma mahukan ramalan

Dengan VoiceOver, tindakan Baca biasa membacakan ramalan secara terus, tanpa jenaka. Lagi tentang kebolehcapaian.

Soalan

Ini aplikasi jenaka atau ramalan sebenar?

Ramalan sebenar. Di sebalik dakwat ialah Apple Weather: keadaan semasa, hujan sejam seterusnya, 24 jam hadapan, 10 hari hadapan dan amaran rasmi cuaca buruk. Jenakanya cuma di atas.

Bolehkah narator bercakap bahasa Melayu?

Boleh. Setiap ayat ditulis dalam kesemua 26 bahasa aplikasi ini.

Muat turun di App Store Bayar sekali. Keempat-empat tema disertakan. Tiada iklan, tiada langganan, tiada pembelian dalam aplikasi. Untuk iPhone dengan iOS 18 atau lebih baharu.